Tips Menyemarakkan Cinta
Dlm hubungan suami isteri ataupun saat bcinta, kita harus sentiasa myemarakkan cinta d hati masing2. Agar ia terus mekar & wangi selamanya. Jom ikuti tips myemarakkan cinta d bwh ini:
- Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).
- Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.
- Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.
- Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .
- Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.
- Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.
- Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.
- Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.
- Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
- Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
No comments:
Post a Comment