Saturday, February 12, 2011

Di sana, ada manisnya cinta

Antara yang kurasai manis di jalan ini,
adalah nikmatnya merasai cinta di jalan Allah itu.
Tentu aku mengasihi semua mutarabbiku.
Namun tentu aku lebih mengasihi mereka yang bersama-sama denganku memikul beban dakwah yang amat berat ini. merasai pahit manisnya berjuang di jalan ini.
apatah lagi mereka yang saban waktu denganku berbincang akan perihal dakwah dan tarbiyah di sini
Kami duduk berjauhan.
Bertemu seminggu sekali jika bernasib  baik.
                                                           Jika tidak 2 minggu sekali
                                                         Pernah paling kronik 3 minggu sekali.
dan sekali-sekali aku merasai rindu padanya, dalam ungkapan yang sukar dimengertikan.
Dan inilah keindahannya di jalan ini.
Kita bertemu cinta tanpa kita mencarinya
dia hadir menghiasi diri dan dia sentiasa membasahi kepenatan yang mengeringkan iman oleh perkara-perkara duniawi.
Ia penolak semangat dan tentu sentiasa membangkitkan himmah di jiwa
seorang adik saya pernah cakap: Jangan anggap orang yang dah berkahwin tak perlukan akhawat juga’Faham sangat kenyataan itu.
Namun terkadang , aku merasai seolah-olah aku sahaja menyayangi mereka.
mengusap kepala mereka dan merangkul tubuh mereka dengan kasih.
Serta mengucapkan kata-kata kasih dan sayang pada mereka.Dan aku terkadang merasai bilakah adanya seorang yang ada di atasku melakukan itu pula padaku.
sudah lama menjadi kakak, aku lupa bagaimana perasaan menjadi seorang adik.Adik2 yang rapat denganku jarang menceritakan perasaan mereka padaku. Seperti mana aku menyatakan buat mereka Pernah aku bertemu dengan akhawat brunei, dan mereka amat mesra dan sering menyatakan apa mereka rasai pada sahabat mereka.

Dan seringkali aku hiba dan teramat sedih tatkala berpisah dengan adik-adikku itu. Merasai sebahagian dari hatiku telah pudar dan kekuatan itu menjadi berkurangan. ( namun aku tahu hidup ini perlu diteruskan walau sesukar mana pun perjalanannya)Dan aku mahu menyatakan betapa aku kasihkan mereka di jalan Allah ini, dan merekalah yang menjadi penguatku di jalan dakwah itu.Mereka selalu pulang tanpa sempat aku menghantar mereka. Aku terpaksa bergegas ke hospital dan pulang selalunya sudah lewat.
Tiba sahaja di rumah, terasa sunyi dari perbincnagan dakwah, dan amalan2 ibadah jamaiy yang kami laksanakan bersama.Dan di situ aku berada pilu.Hinggalah aku melihat ada sesuatu yang tertancap pada cermin bilikku.‘ Jzkk kak.. Sayang k aisyah, kerana Allah .’Dan aku tersenyum ,dan melupai kesedihan silam itu.Memang benar, di jalan ini, kite temui manisnya cinta.Aku juga menerima kad jemputan kahwin dari malaysia.dia tahu aku tak dapat pergi ke majlisnya kerana aku berada di sini..dan dia kata:
‘ive cherished every single things yang manis, pahit dan masin dengan akak..’langkah saya baru bermula..
barakallahu fiikuma…ini baru sebahagian dari kisah-kisah manusia yang ada di sisiku, insyaallah di kesempatan lain, akan saya nukilkan cerita orang lain plak.. ( jangan jeles k?sayang antum)
Sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya.” (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
Sabda Rasullulah S.A.w..”umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.masa untuk beradu, esok perlu kerja…jaga diri antum baik2

No comments:

Post a Comment