Friday, February 11, 2011

Adakah cinta,kasih dan sayang prlu brsebab?

Cinta tidak memerlukan sebab musabab, untuk membuktikannya hanya dengan kata-kata. Perasaan cinta hadir dengan tanggungjawab,tanggungjawab manusia sebagai khalifah untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya
Cinta Allah kekal abadi kerana ia abadi..tidak luntur walau di mana kita berada. Cinta Allah menjadi peneman hidup di dunia dan akhirat. Hanya kuasa Allah yang berupaya membuktikan segala nya
Allah maha adil menciptakan kita manusia dengan begitu sempurna sekali penciptaan Nya. Maka tidak ada asbab untuk kita tidak bersyukur. ALLAH hadirkan lagi perasaan sesama manusia berlainan jantina. Itulah kuasa Allah. Untuk meneruskan kehidupan.
Setelah menghampiri usia emas, setelah pengalaman yang di lalui berkodi-kodi, perasaan yang ujud di dalam hati tetap sama, yang ada cuma rasa kasih, sayang dan cinta. Kerinduan di hati ini sentiasa menggunung dan rela melakukan apa sahaja demi mengutamakan cinta. Cinta yang lahir dan berkubu di hati ini tidak pernah bersebab.
Cinta tidak perlu bersebab. Dia datang sendiri. Cinta tu kan buta. Cinta tak mengenal siapa. Cinta tu anugerah Allah. Bersyukur lah kepada sesiape yang dapat merasai nikmat cinta tu.
Kalau kita bercakap pasal cinta ia tidak pernah habis. Umpama air yang mengalir, tiada putusnya. Umpama juga aliran air, lembut ... oohh nikmatnya... Namun kadang ia mengganas... terasa begitu gelodaknya....cinta...semuanya bersatu.
Memang cinta takkan habis selagi dibicara... Dengan cinta wujudnya istilah 'Pertemuan' dan 'Perpisahan'. Dan orang pun berkata 'Oh, sungguh ku benci pertemuan, kerana disampingnya ada perpisahan'
Sejauh mana kita boleh mengawal cinta? Sedangkan iman jua boleh tergugat. Cinta apa yang paling agung?
Cinta tidak perlu ada sebab untuk mengasihi, menyintai dan menyayangi...jika hadir atas dasar "sebab" mungkin dengan "sebab" juga ia akan hilang.
Kalau cinta lahir tiada bersebab kenapa cinta putus bersebab?
KERANA CINTA SEPERTI MANUSIA
Cinta itu seperti lahirnya seorang bayi. Kelahiran bayi juga tidak bersebab, tiba masa lahir bayi itu tetapi apabila kematian berlaku mesti ada sebabnya.
CINTA ni kalau sentiasa indah, akan membuat kita lalai. Kita akan leka , kita akan rasa seronok , tapi kita jauh denganNya...
Sebab itu, cinta bersama airmata walaupun sesama makhluk, adalah lebih indah dan terasa nikmatnya, kerana cinta dan airmata membuat kita tidak lupa siapa diri kita yang sentiasa bergantung padaNYA.
Apakah sebenarnya, adakah cinta itu hadir bersebab atau tidak? Jika kita lihat hadith ini :
عن أمير المؤمنين أبى حفص عمر ابن الخطاب رضى الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه”. البخارى ومسلم.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a. katanya: Aku mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.
Kepentingan Hadith:
Hadith ini amat penting menjadi paksi putaran Islam, ia adalah asas kepada Islam atasnya bersandar segala hukum Islam, ini berdasarkan kata Ulamak; Abu Daud mengatakan hadith ini separuh dari Islam kerana agama terdiri dari lahir dan batin, niat adalah perkara batin. Kata Imam Ahmad dan al-Syafi’i; hadith ini satu pertiga dari agama, sebab kerja manusia terdiri dari hati, lidah dan anggota, maka niat salah satu darinya. Sebab itu ulamak memulakan karangan kitab mereka dengan meletakkan hadith ini dipermulaannya, al-Bukhari memulakan dalam Kitab Sahehnya, Imam Nawawi memulakan hadith ini dalam kitab-kitabnya Riyadzu Salihin, al-Azkar dan hadith empat puluh. Gunanya dimulakan dengan hadith ini untuk meperingati kepada setiap penuntut ilmu agar mengikhlaskan hati kerana Allah ketika menuntut ilmu dan beramal saleh.
Sebab Hadith di lafazkan:
Tabrani menyatakan dalam kitab Mu’jamnya dari Ibnu Maas’ud; seorang lelaki dari kalangan mereka telah meminang seorang perempuan bernama Ummu Qais, dia tidak mahu kahwin sehingga dia pindah ke Madinah, lelaki berkenaan turut berpindah dan berkahwin disana. Sebab itu kami namakan hadith ini: Penghijrahan Ummu Qais.
Hukum yang ditunjukkan dalam hadith ini;
1. Disyaratkan niat; ulamak sepakat mengatakan bahawa setiap amalan oleh seorang mukmin yang mukallaf diterima oleh syarak dan mendapat ganjarannya mestilah disertakan dengan niat.
Niat dalam ibadat langsung seperti sembahyang, puasa dan haji sebagai rukun tidak sah tanpanya, ada pun sesuatu tidak langsung yang menjadi wasilah seperti wuzduk dan mandi hadath menurut Hanafi adalah syarat sempurna untuk mendapat pahala. Menurut al-Syafi’i dan lain-lain: adalah syarat sah, oleh itu tidak sah perbuatan tersebut tampa niat.
2. Waktu niat: waktunya dipermulaan ibadat seperti takbiratul Ihram dalam sembahyang, Ihram haji manakala ibadat puasa maka memadai niat sebelum mula berpuasa kerena susah untuk menepati mula naik fajar.
Tempat niat ialah dalam hati; maka tidak disyaratkan melafazkannya, tetapi digemari agar melafazkan dengan lidah untuk membantu hati ketika niat.
Disyaratkan juga menentukan perkara yang diniatkan dan membedakan dengan yang lain, oleh itu tidak memadai dengan niat sembahyang sahaja malah hendaklah mentukan sembahyang zohor atau asar dan seterusnya.
3 Difahamkan dari hadith ini bahawa siapa yang berniat untuk melakukan amalan saleh, kemudian terhalang untuk melakukannya dengan sebab sakit atau mati dan seumpamanya maka dia telah diberi pahala berdasarkan niatnya itu.
4. Hadith ini menunjukkan keapada kita supaya ikhlas dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dari Allah diakhirat kelak juga mendapat taufiq dan kejayaan didunia.
5. Setiap amalan yang baik dan bermanfaat bila diikuti dengan niat dan ihklas demi mencapai keredaan Allah menjadi ibdat dalam Islam.
Dr. Mustafa al-Bugha, Muhyiddin Mestu, al-Wafi Fi Syarh al-Arba’in al-Nawawiyah, Dar Ibnu Kathir, cetakan ke sepuluh, 1997, hal. 11.
Tapi bagaimana rasa cinta kasih dan sayang? Adakah perlu ada niat untuk kasih ,sayang dan cinta pada seseorang?
Dan adakah juga perlu ada niat untuk cinta, kasih dan sayang kepada Allah dan RasulNYA?
Kenapa aku cinta, kasih dan sayang pada zaujku? Kenapa aku kasih dan sayang anak-anakku? Kenapa aku kasih dan sayang embunku?
Jawapannya adalah tanya diri sendiri. Ummi pun tak ada jawapan.
Ya Allah tetapkan hati kami agar setiap langkah kami setiap saat sentiasa mengingati Mu, iringi langkah kami dengan petunjuk Mu...

No comments:

Post a Comment