Saturday, February 12, 2011

Cinta oh Cinta : Jangan musnahkan kepercayaan yang diberi

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia
Cinta oh cinta, dah banyak cerita dan ragam ditulis berkaitan cinta dalam blog usang ni. Tak kurang juga pasal pengalaman diri sendiri yang banyak aku kongsi dalam blog ini. Cinta oh cinta, ada masa ia menjadi duka, ada masa ia menjadi suka dan ada masa cintalah segala – galanya.


Cinta memerlukan kesetiaan, kejujuran dan juga kepercayaan. Ada apa dengan kepercayaan?


Kepercayaan ialah elemen yang paling penting dalam bercinta. Setiap pasangan mesti memberikan kepercayaan 100% kepada pasangannya supaya hubungan yang terbina akan kekal dan tidak goyah dilanda masalah, sama ada kecil ataupun besar.


Apa yang pasti, setiap kepercayaan yang di beri disertakan sekali dengan harapan dan kejujuran supaya ia terus kekal bermakna. Kepercayaan ni memang perlu dititik beratkan, ia bukan benda remeh dan kecil.


Diam tak diam, kepercayaan kepada seseorang perlu dipertahankan, jika tidak sesebuah hubungan pasti akan pudar dan hambar. Yelakan, mana boleh bercinta tanpa kepercayaan? Kita buat apa benda dan perkara sekalipun, kepercayaanlah yang dititikberatkan sama sekali. Tidak percaya maka tiadalah cinta.


Begitu sukar untuk memperoleh kepercayaan orang lain. Ingat senang ke nak meyakinkan orang lain kepada diri kita untuk memudahkan dia mempercayai diri kita, tapi amat – amat mudah bagi menghancurkan kepercayaan yang diberikan oleh orang lain.
Cinta jika bersama kepercayaan yang longgar pasti tidak akan bahagia.


Kenapa aku berkata sedemikian? Mesti ada 1001 sebab yang menyebabkan aku menyatakan ia. Ini kerana ;


* Seseorang yang tidak mempunyai kepercayaan yang kukuh kepada pasangannya akan memperolehi hubungan cinta yang amat perit.
* Ini berlaku apabila salah satu daripadanya “buat perangai” dan juga melakukan perkara yang dilarang serta tidak diduga oleh pasangannya.
* Setelah longgar kepercayaan, sudah tentu pelbagai pandangan negatif dan juga pemikiran yang tak sepatutnya terjadi difikir. Ia la, ia sudah tidak percaya lagi.
* Apabila kepercayaan hilang dan menjadi kronik, pelbagai masalah akan muncul serta umumnya akan berasa “dikongkong”
Oleh sebab itu, jaga dan peliharalah kepercayaan yang diberi oleh pasangan masing – masing supaya hubungan akan kekal kembang dan harum seperti biasa.
Tak guna kalau diri berdolak dalik dan terus mempertahankan ego masing – masing.

No comments:

Post a Comment