Tuesday, February 8, 2011

7 Kisah Cinta

Cinta terbahagi kepada pengertian dan maksud yang berbeza bagi steiap individu. Namun begitu, perasaan ini sebenarnya hanya merangkumi kepada gabungan cinta, kasih dan sayang.
  • CINTA PERTAMA - Cinta pertama banyak mengajar seseorang itu mengenal apakah makna cinta. Namun begitu cinta pertama kerap kali membuatkan seseorang itu terlalu taksub mengejar cinta kerna takut kecewa. Ia juga membantu membuka mata hati seseorang untuk memberi dan menerima kehadiran seseorang yang bernama kekasih. Cinta pertama juga dikatakan sebagai langkah awal untuk menjadi diri sendiri kerana dari situlah kita banyak belajar mengenai dunia yang sebelum ini tidak pernah kita jejaki. Apa pun, cinta pertama sukar untuk berkekalan kerana ia sering berubah mengikut usia dan waktu.
  • CINTA OBSESI - Bagi seseorang yang berada di dalam kategori ini, dengan memiliki kekasih yang dicintai dia akan mendapatkan apa yang selama ini diingini. Cthnya, kamu inginkan kekasih yang diidamkan , apabila kamu menemui seseorang, kamu mahukan dia menjadi seperti apa yang kamu impikan. Tetapi selalu perkara ini sering tidak kesampaian. Ingat, walaupon impian menjadi kenyataan, namun ia selalunya tidak seindah yang kita harap-harapkan. Pencinta obsesi, selalunya akan mengulangi tindakan yang pernah dilakukan oleh kedua ibu bapa terhadap dirinya. Cthnya: mengongkong pergerakan dan pergaulan si dia. Kamu tidak boleh memperlakukan seseorang yang kamu cintai sebagai mangsa dendam. Cuba hadapi kenyataan dengan perkara-perkara yang membuatkan kita menghargai diri sendiri. Buka fikiran seluasnya dan tangani maalah dengan sematang yang mungkin.
  • CINTA PENYELAMAT - Selalunya cinta ini hadir di saat kamu terluka kerana perpisahan lalu. Si dia rela berkorban untuk meraih kebahagiaan bersamamu. Apabila saat ini muncul, kamu sudah tentu mengharapkan balasan kasih sayang dan perlindungan dari si dia. kamu juga berharap sia dia tidak akan mengulangi perbuatan yang melukakan seperti mana pernah terjadi. Peristiwa lalu amat mengajar kamu menjadi seorang yang berhati-hati untuk meraih dan memberi cinta. Kamu agak fobia akan trauma yang pernah dilalui. Kamu akan meletakkan setinggi harapan pada si dia. Namun, harapan ini boleh membunuh diri sendiri. Oleh sebab itu, kamu tidak seharusnya menaruh harapan yang tinggi kerana jika tidak berjaya sampai ke tahap itu, luka akan kembali parah.
  • CINTA PEMBIMBING - Cinta kategori ini biasanya terjadi pada golongan gadis. Kamu ingin dapatkan pasangan yang boleh memberi tunjuk ajar, menjadi mentor atau guru. Kamu sukar berdikari dan selalu mengharapkan bimbingan si dia. Seringkali, kamu mencari seseorang yang dikagumi dan dapat menolong dalam apa jua perkara. Kamu mahukan si dia menjadi pembimbing, sahabat sekaligus sebagai kekasih, si dia juga harus menjadi mentor kepada kamu. Jika si dia berupaya melakukannya, ia tidak akan timbul sebarang masalah. Bagaimana pula jika si dia tidak mampu melakukannya?
  • CINTA BERBEZA STATUS - Kebanyakan golongan gadis mendambakan kekasih yang memiliki status yang lebih tinggi dari mereka. Bagi mereka, kehidupan lebih terjamin dari segi nama atau kemewahan. Sebenarnya cinta sejati tidka mengenal status kerna jika ia melambangkan status ia lebih kepada kebendaan. Namun begitu, jika memperoleh cinta berbeza status, kamu perlu tahu cara untuk berhadapan dengannya. Memang bukan mudah untuk menyesuaikan diri terumatamanya jika keluarga si dia agak memilih calon bakal menantu. Kamu perlu bijak menambat hati si dia dan keluarganya bagi mendapat title calon menantu pilihan. Tetapi jangan pula berpura-pura kerana kebahagiaan itu tidak akan berkekalan lama jika niat tidak jujur.
  • CINTA TIGA SEGI - Cinta tiga segi ialah apabila seseorang itu sanggup meraih kebahagiaan orang lain wlaupon sudah mempunyai kekasih. Dalam erti kata lain, sanggup berlaku curang ataupun merosakkan hubungan cinta orang lain. Ada juga kes yang terjadi, seseorang itu sanggup meninggalkan kekasihnya apabila menemui orang lain mempunyai lebih banyak keistimewaan. Cinta sebegini sering dikaitkan dengan cinta palsu dan ia mudah berubah-ubah tanpa keteguhan hati. Sering bertukar-tukar citarasa membuatkan terjadinya cinta sebegini. Jika kami tidak mahu orang lain mempermainkan cintamu, seeloknya kamu jangan melakukan sebegitu.
  • CINTA USAHA - Seseorang yang terlibat dengan cinta sebegini sebenarnya berusaha untuk mencari cinta sejati. Seboleh-bolehnya, mereka mahu menjaga hubungan ini agar berkekalan. Tidak ramai yang sanggup berusaha demi cinta. Mereka berfikir cinta akan datang tanpa di cari. Sebenarnya cinta sejati hadir hanya sekali dalam hidup kita dan tidak mungkin akan menjelma berulang kali. Untuk mendapatkan cinta sejati, berusahalah bersungguh-sungguh nescaya kamu akan memperolehnya.

No comments:

Post a Comment